9 Ogos 2014 - 05:07
Amerika mula serang kedudukan ISIS di Iraq

Amerika meluluskan serangan udara ke atas unit altileri ISIS dalam rangka menyekat kemaraan pengganas tersebut dan menyelamatkan penduduk awam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kementerian Pertahanan Amerika di Pentagon semalam mengumumkan pihaknya akan memulakan serangan ke atas kedudukan artileri ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria).

Televisyen Perancis 24 turut membuat liputan meluas tentang tentera udara Amerika yang menggempur altileri-altileri ISIS.

Presiden Barrack Obama di White House turut mengumumkan kelulusan serangan tersebut dalam rangka mencegah kemaraan militan.

Obama berkata, "Kerajaan Iraq meminta kita memulakan operasi menyelamatkan orang awam Iraq. Gerakan ISIS membunuh orang awam dengan kejamnya. Kumpulan ini telah bertindak keji dengan menyerang golongan minoriti seperti Kristian dan Ezidi."